fb fb fb fb fb

KPN komited kukuhkan perpaduan rakyat Malaysia

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang

JOHOR BAHRU, 25 Mei - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) komited mengukuhkan perpaduan, kenegaraan, kebersamaan, muhibbah dan kesukarelawan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa serta budaya.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata sebanyak 661 program dilaksanakan melalui pelbagai agensi pada tahun 2023 bagi mencapai tujuan itu.

Beliau berkata, pihaknya juga akan meneruskan segala usaha dan inisiatif bagi memperkukuhkan perpaduan negara termasuk Pemerkasaan Rukun Tetangga Progresif dan Penghayataan Rukun Negara.

"Saya berharap agar semua pihak dapat menghayati prinsip faham, hormat dan terima dalam memupuk keharmonian dan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan, di sini.

Tambah Aaron, inisiatif Harmoni Madani turut dilancar dengan mengetengahkan tujuh program utama termasuk Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia dalam mengukuhkan keharmonian masyarakat di Malaysia.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN