KUALA LUMPUR, 1 Jun- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengucapkan selamat ulang tahun ke-43 kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan seluruh warganya.
Menerusi hantarannya di Facebook, Fahmi berkata "Semoga FINAS kekal sebagai peneraju industri perfileman tanah air dan mengangkat martabat filem tempatan ke peringkat global".
FINAS ditubuhkan secara rasmi pada 1 Jun 1981 sebagai badan peneraju kemajuan industri perfileman negara dengan matlamat kerajaan untuk membangun, memelihara dan mengembangkan industri tersebut.