fb fb fb fb fb

Fahmi azam pastikan tiada pemberhentian kerja dalam kalangan pengamal media

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap dalam majlis Kinabalu Press Award 2023 di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 29 Oktober- Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil meletakkan azam, dalam memastikan tiada pemberhentian kerja berlaku dalam kalangan pengamal media selama beliau menggalas tanggungjawab selaku peneraju kementerian itu.

Bagi tujuan itu, kementerian akan mengadakan sesi libat urus bersama pengamal media di seluruh negara.

Menurutnya, sesi libat urus itu akan diadakan sebelum pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media di Parlimen yang dijangka pada Mac tahun depan.

Ia penting agar majlis itu antara lain mampu memainkan peranan menjaga kebajikan petugas media.

Beliau berucap dalam majlis Kinabalu Press Award 2023 di Kota Kinabalu, Sabah.

Majlis dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri HajijiNoor dan turut dihadiri Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE