fb fb fb fb fb

Sahkan maklumat, sumber sebelum terbit berita -Fahmi

KUALA LUMPUR, 1 Mei- Semua pengamal media diingatkan supaya sentiasa mengesahkan maklumat dan sumber sebelum menerbitkan sesuatu berita agar tidak menimbulkan sebarang isu.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzi dalam ciapan di Twitternya mengulang siar hantaran Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang menafikan satu berita palsu mengaitkan dirinya dengan sebuah majlis politik di Kedah.

“Berita palsu ini tersebar sejak semalam dan telah menjadi fitnah yang merebak jauh ke pelbagai komuniti, malah ada yang percaya dan ada juga yang jadikannya bahan politik," katanya.

Justeru, Fahmi berkata, tindakan undang-undang juga boleh diambil oleh agensi penguatkuasaan sekiranya didapati berlaku sebarang pelanggaran.

Fahmi dalam balasan komen juga menyatakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti laman website yang kerap menyiarkan berita palsu dan berunsur fitnah.|Fahmi turut membuat catatan perkara sama di akaun facebook miliknya.

 


(Status dimuat naik di Instagram Story milik Siti Nurhaliza)

Siti Nurhaliza menerusi perkongsian di Instagram story, mendedahkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama beliau dengan membuat akaun Facebook palsu dan menyebarkan kenyataan berhubung kehadirannya untuk memeriahkan sebuah majlis di Kedah yang didakwa majlis politik.

Kenyataan palsu itu kemudiannya digunakan sebuah portal hiburan untuk dijadikan bahan berita bertajuk ‘Siti Nurhaliza tak sangka rumah terbuka jadi majlis politik’ yang disiarkan hari ini.

"Siapalah yang pandai-pandai edit fake news ini, gunakan nama Facebook saya (yang verified) dan forward merata-rata dan yakinkan orang ini (adalah) posting sebenar. Ini fake.

“Cukuplah semua perkara nak dibuat macam ini. Saya ini penyanyi, hiburkan semua orang. Bulan Syawal ini, bulan jalinkan silaturrahim bukan buat sebarkan berita palsu," katanya menerusi ruangan Instagram.

Media Baharu