fb fb fb fb fb

10 cedera kemalangan libatkan tiga buah kenderaan

(FOTO FB JBPM)

ENDAU, 30 April - 10 cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di jalan Felda Endau-Mersing, di Johor, pagi tadi.

Kejadian melibatkan tiga buah kereta jenis Toyota Vios, Toyota Camry dan Hyundai.

Menurut Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Mohd Alias Hussin Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian MERS 999 pada pukul 9:49 pagi.

(Kejadian melibatkan tiga buah kereta jenis Toyota Vios, Toyota Camry dan
Hyundai / FOTO FB JBPM)

"Anggota bomba daripada BBP Endau seramai lapan orang bersama satu jentera LFRT dan satu kenderaan Utiliti Hilux telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik panggilan diterima.

"Terdapat 10 orang mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu. Kesemua mangsa mengalami kecederaan, namun tidak tersepit," katanya dalam hantaran di Facebook JBPM.

Tambah Alias, anggota bomba telah bertindak memberikan bantuan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memindahkan mangsa ke bahu jalan dan membantu mengangkat mangsa ke dalam ambulans .

Katanya, operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 11:58 pagi.

Media Baharu