fb fb fb fb fb

Fahami makna sebenar Jihad-Pemangku Raja Perlis

Foto RTM

KUALA PERLIS, 1 Jun-Jihad bukanlah sesuatu yang merujuk kepada keganasan atau terorisme sepertimana yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dan cuba menyebarkan Islamophobia.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pemahaman jihad dalam bentuk keganasan yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang terpencil, tidak mewakili maksud jihad sebenar yang difahami oleh majoriti umat Islam.

“Dalam Islam kita sesungguhnya disuruh untuk hidup secara harmoni dan aman damai sesama manusia tidak kira Muslim mahupun bukan Muslim dan Islam sentiasa memerintahkan kita menyantuni semua manusia tanpa mengira agama.” titah baginda pada Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke-15 bagi tahun 2024’ di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Batu 5, di sini.

Turut mengiringi baginda ialah Presiden Persatuan Muhammadiyah Singapura, Muhammad Azri Azman dan Profesor Dr Khairudin Aljunied dari Jabatan Pengajian Melayu, National University of Singapore (NUS) yang berada di Perlis bersempena Seminar Antarabangsa Peradaban Ummah Islam Jati Diri Melayu yang dianjurkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Sempena program tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyempurnakan penyerahan bantuan zakat MAIPs kepada 20 asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah Kampung Bangsal Lebah serta sumbangan kepada para petugas keceriaan Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai Kuala Perlis.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD