fb fb fb fb fb

Fadhlina ucap tahniah, Ummi Umairah menang pingat emas dalam WCOPA Ke-27

Foto Facebook Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR,7 Julai- Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengucapkan tahniah kepada Ummi Umairah Saiful Anuar, atas kejayaan cemerlang memenangi pingat emas dalam pertandingan World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27.

Menerusi kenyataan di facebook, beliau berkata pertandingan yang berlangsung di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat ini menyaksikan bakat luar biasa Ummi Umairah, pelajar Tingkatan Satu, Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL), di pentas antarabangsa, mengharumkan nama sekolah dan negara.

"Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi dan usaha keras beliau, tetapi juga sokongan padu daripada keluarga, guru-guru, dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan dorongan.

Beliau berharap agar kejayaan tersebut menjadi inspirasi kepada semua pelajar untuk terus mengejar impian dan berusaha gigih dalam bidang yang diminati.

"Ummi Umairah telah membuktikan bahawa dengan usaha dan komitmen yang tinggi, kita mampu mencapai kejayaan yang gemilang di peringkat dunia", katanya.

ROSLINA BINTI DIN