fb fb fb fb fb

Etika pakaian mesra syariah diperkasa di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 10 Oktober - Kerajaan Terengganu akan melaksanakan usaha mendidik secara berhemah pelancong muslim supaya mematuhi etika berpakaian mesra syariah semasa berkunjung ke negeri itu.

Ini bagi memastikan pelancong dari luar yang beragama Islam tidak memakai pakaian yang tidak sesuai dan menjolok mata terutama, ketika melancong ke pulau peranginannya.

Pengarah Pelancongan Negeri, Ahmad Ridzwan Abd Rahman berkata antara kaedah yang akan dilakukan ialah menerusi teguran dan peringatan serta memperbanyak pemasangan papan tanda iklan mengenai etika pakaian mesra syariah di kawasan tumpuan pelancong.

Mengulas lanjut beliau berkata, ketika ini hanya kes terpencil dilaporkan dan berjaya diselesaikan melalui peringatan berhemah.

(Pengarah Pelancongan Negeri, Ahmad Ridzwan Abd Rahman)

"Setakat ini memang adalah penguat kuasa itu tetapi daripada segi kita membuat tindakan itu tidak secara kekerasanlah, tindakan itu yang saya katakan secara berhemahlah iaitu dengan cara penguat kuasa ini memberi kata nasihat dan juga menegurlah, jadi setakat ini dengan cara yang dibuat itu nampaknya berjaya dan tidak ada apa-apa tindakan balas daripada pihak-pihak yang berkenaanlah," kata Ahmad Ridzwan, di sini.

Terdahulu beliau menghadiri Peogram perasmian Pesta Peranakan Cina Terengganu, di sini.

Media Baharu