KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Rang Undang-Undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (RUU KATF 2023) dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, RUU itu diwujudkan sebagai langkah memperbaharui fiskal negara bagi aspek tatakelola, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam Pengurusan Kewangan Awam.
RUU KATF 2023 terdiri daripada enam fasal dan dua jadual berteraskan kepada perinsip pengursan fiskal yang bertanggungjawab.
Ia bagi memastikan kestabilan makroekonomi mencapai dan mengekalkan baki fiskal, mencapai serta mengekalkan tahap hutan yang berhemat.
"Perbelanjaan pembangunan sejak 2015 tahunan selama sembilan tahun puratanya ialah 4% kita hendak capai 3%. Perkara pertama ini agak mudah dicapai dari segi kebertangungjawaban Menteri Kewangan tetapi tidak melibatkan kerajaan negeri.
"Akta ini hanya mlibatkan kerajan pusat dan hanya terlibat badan berkanun bawah keraajaan pusat. Setakat ini defisit kita selama sembilan tahun purata sejak 2015 menunjukkan 4.42%. Sekarang mencatatkan 5%, kita cuba untuk turunkan kepada 3% atau kurang," katanya kepada pemberita dalam Sidang Media di Parlimen.
Bagaimanapun Ahmad Maslan berkata kerajaan perlu patuh kepada para hutang negara dan ia perlu berada pada bawah 60%.
Perkara itu disebabkan semasa pandemik COVID-19 hutang negara meningkat kepada 65%, namun ia dijangka akan menurun kepada 60% dalam tempoh tiga hingga lima tahun.
Kadar defisit negara disasarkan boleh mencapai bawah 3% kerana pada tahun 2017 ia menunjukkan sebanyak 2.9%.
(Ahmad Maslan)