fb fb fb fb fb

ERCL beri manfaat hubungan Malaysia-China

JOHOR BAHRU, 13 Disember- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), berperanan menstabilkan jalinan hubungan pelabuhan dan pengangkutan di Semenanjung Malaysia.

Kuasa Usaha Kedutaan China di Malaysia, Tang Rui berkata, ECRL yang merupakan projek terbesar di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan memberi manfaat besar kepada kedua-dua negara.

Tang Rui percaya China yang kini berada dalam fasa pembangunan baharu, yakin Malaysia bakal mencatat peningkatan pelaburan kerana kedudukannya yang strategik.

"Dengan kerajaan baru di Malaysia, apa yang paling utama adalah kestabilan serta pembangunan ekonomi.

"China boleh menjadi rakan kongsi yang baik dan mampu menwarkan bantuan dan sumbangan ke arah pembangunan negara," katanya selepas majlis penutupan Simposium Inisiatif 'Belt and Road' di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru.

Menurut Tang Rui, ASEAN kini telah mendahului Kesatuan Eropah, sebagai rakan dagang terbesar China.

(Tang Rui)

Media Baharu