PUTRAJAYA, 20 Februari - Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan sebarang mesej untuk mendapatkan pandangan atau cadangan daripada orang ramai bagi menambah baik industri dan sektor pertanian.
EPU JPM dalam satu kenyataan menjelaskan, mesej palsu itu disebarkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.
"Orang ramai yang menerima mesej tersebut juga diminta untuk mengabaikannya kerana ia merupakan satu mesej palsu," menurut kenyataan itu.