fb fb fb fb fb

36 premis perindustrian dikompaun dalam Op Gempur

SHAH ALAM, 20 Februari - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor mengeluarkan 207 kompaun bernilai RM414,000 ke atas 36 premis perindustrian yang gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Menurut kenyataan JAS Selangor, kompaun dikeluarkan hasil Op Gempur selama tiga hari bermula Selasa.

Operasi itu melibatkan pemeriksaan ke atas 54 premis di kawasan perindustrian Klang Utara. 


"Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan juga dikenakan ke atas dua kilang yang melakukan kesalahan serius mencemarkan alam sekitar,"

"Tindakan memberhentikan sementara operasi kilang itu diambil bagi memastikan langkah kawalan dan pembaikan segera dapat dijalankan pihak terbabit dalam usaha menangani kejadian pencemaran," menurut kenyataan itu

Menurut JAS Selangor, pihaknya sentiasa komited dan memandang serius kesalahan membabitkan pencemaran alam sekitar.

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2727 atau ke portal rasmi jabatan untuk melaporkan sebarang aduan berkaitan.

 

Media Baharu