fb fb fb fb fb

Penjual peralatan rumah ditemukan maut dengan kesan kelar di kediamannya

SERI KEMBANGAN, 20 Februari - Seorang wanita yang juga penjual peralatan rumah maut akibat dikelar di premis miliknya di Seri Kembangan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A Anbalagan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki pada 7.25 malam yang melaporkan tentang satu kejadian pergaduhan.

"Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dengan kesan kelar di leher.

"Mangsa dipercayai pemilik kedai di mana berlakunya kejadian pergaduhan," kata Anbalagan dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mayat wanita berkenaan telah dibawa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

"Polis sedang mengenal pasti suspek dan motif pembunuhan masih dalam siasatan," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

Media Baharu