fb fb fb fb fb

Enam tonggak utama diperkenal MOTAC dalam mempromosi pelancongan domestik dan antarabangsa

KUALA LUMPUR, 30 Mac- Pelan Strategik dan Pemasaran 2022-2026 Tourism Malaysia menggariskan enam tonggak utama yang memberi tumpuan kepada promosi pelancongan domestik dan pemulihan pelancongan antarabangsa.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata pelan yang dirangka untuk tempoh lima tahun akan datang itu bertujuan merangsang semula industri pelancongan negara selaras dengan pembukaan semula sepenuhnya sempadan Malaysia mulai 1 April ini.

Ia merupakan satu penambahbaikkan terhadap pelaksanaan strategi sebelumnya, terutamanya dari segi infrastruktur yang berperanan penting dalam menarik minat pelancong berkunjung ke negara ini.

"Kita nak supaya orang akan membantu juga untuk pelancong dan pelawat datang menghebahkan mengenai Malaysia dari segi infrastuktur dan juga kita ada nak buat ‘Zon Pelaburan Pelancongan Istimewa’ untuk menguatkan lagi atau menambahkan lagi produk-produk di negara kita," kata Nancy Shukri kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Strategik dan Pemasaran Tourism Malaysia di sini, hari ini.


(Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri merasmikan Pelan Strategik dan
Pemasaran 2022-2026 Tourism Malaysia/FBMENTERI)

Pada 2020 ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia menjunam 83.4% dan hanya empat juta pelancong dicatatkan berbanding 26.1 juta pada 2019.

Tambahnya, dengan strategi dan rancangan serta sokongan industri akan dapat melonjakkan bilangan pelancong ke negara ini dengan sasaran dua juta ketibaan pelancong antarabangsa membabitkan pulangan hasil RM8.6 bilion.

Media Baharu