fb fb fb fb fb

Enam pelajar terkandas banjir di Sibu berjaya diselamatkan

Foto JBPM Sarawak

SIBU, 10 September – Enam pelajar Sekolah Menengah Citizen Middle School, Jalan Kong Yit Khim, berjaya diselamatkan selepas terkandas akibat banjir ketika dalam perjalanan pulang ke rumah tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.27 tengah hari sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Jaya.

Keenam-enam pelajar terbabit terdiri daripada dua lelaki dan empat perempuan.

Operasi menyelamat dijalankan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dengan kekuatan lapan anggota bomba.

Tiada kecederaan dilaporkan dan keadaan banjir di lokasi berkenaan dilaporkan telah surut.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN