fb fb fb fb fb

Enam kluster baharu COVID-19 dikesan hari ini - KKM

PUTRAJAYA, 17 Januari - Kes baharu COVID-19 menurun kepada 2,342 kes hari ini.

Jumlah itu lebih rendah berbanding 3,010 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan daripada jumlah kes yang dikesan hari ini, 2,162 kes adalah penularan tempatan, 180 kes pula kes import.

"Kes hari ini membabitkan 98.5 peratus atau 2,308 pesakit kategori 1 dan 2 manakala 1.5 peratus atau 34 pesakit adalah kategori 3, 4, dan 5," katanya dalam kenyataan.

Sebanyak 184 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala 87 kes pula memerlukan bantuan pernafasan.

6 kluster baharu turut dikesan, sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 6,218 kluster dilaporkan dengan 177 kluster masih aktif.

 

Media Baharu