fb fb fb fb fb

Enam federasi koperasi ditubuh, perkasa gerakan koperasi

KUALA LUMPUR, 9 Ogos- Enam buah federasi koperasi terdiri daripada gabungan semua koperasi yang menjalankan aktiviti di bawah setiap sektor ekonomi ditubuhkan bagi memperkasa gerakan koperasi.

Susulan itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, kerajaan telah bersetuju supaya federasi koperasi perladangan diberi kemudahan untuk memohon pengambilan pekerja asing.

"Federasi pemborongan dan peruncitan melaksanakan Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi (SCOPE) sebagai usaha untuk memastikan bekalan barangan keperluan pengguna dapat dibekalkan secara konsisten dengan harga yang lebih murah.

Federasi koperasi pertanian dan industri asas tani diperuntukkan sebanyak RM100 juta di bawah Tabung Modal Pusingan SKM bagi membantu koperasi mengembangkan industri agromakanan," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Juhanis Abd Aziz.

(Tan Sri Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi)

Jelas Tan Sri Noh, sehingga 31 Disember 2021, terdapat sebanyak 14,834 koperasi didaftarkan dengan keanggotaan seramai 7.08 juta ahli.

Jumlah modal syer atau yuran koperasi mencatatkan RM16.54 bilion dan jumlah aset koperasi pula mencecah RM154.98 bilion.

Pada masa sama, sumbangan perolehan koperasi kepada pendapatan negara berjumlah RM37.89 bilion.

Media Baharu