fb fb fb fb fb

Peningkatan OPR tidak beri kesan ketara kepada B40

KUALA LUMPUR, 9 Ogos- Peningkatan Kadar Dasar Semalaman, OPR tidak memberi kesan ketara kepada golongan B40.

Ini kerana, satu pertiga pinjaman kelompok itu adalah pada kadar tetap dan selebihnya merupakan pembiayaan peribadi dan pinjaman pembelian kenderaan.

"Mengenai kesannya terhadap rakyat, Bank Negara BNM berpandangan bahawa kenaikan kadar OPR secara beransur-ansur tidak akan memberi kesan yang ketara, khususnya kepada golongan B40.

"Ini adalah kerana satu pertiga pinjaman oleh golongan B40 adalah pada kadar tetap, kebanyakannya adalah untuk pinjaman pembelian kereta dan pembiayaan peribadi.Kerajaan menerusi BNM juga ingin menekankan bahawa pelbagai program bantuan masih tersedia untuk golongan peminjam mudah terjejas," kata Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Turut ditawarkan, kemudahan di bawah Dana BNM untuk PKS, bantuan bayaran balik pinjaman secara bersasar oleh bank, serta khidmat nasihat di bawah pelbagai program Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, AKPK.

Sejak Mei, Kadar OPR dinaikkan secara beransur-ansur menerusi kenaikan 25 mata asas.

Kadar OPR terkini adalah 2.25 peratus.

Datuk Mohd Shahar menjawab soalan Senator Aziz Ariffin.


(Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah)

 

Media Baharu