fb fb fb fb fb

Empat vesel pukat tunda tempatan disita

BAYAN LEPAS, 6 Januari- Jabatan Perikanan Pulau Pinang menahan dan menyita empat vesel pukat tunda tempatan kerana menceroboh kawasan dan tidak mengikut syarat yang ditetapkan dengan anggaran nilai rampasan bernilai RM2.8 juta termasuk hasil tangkapan 2.9 tan metrik ikan.

Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang, Yazeereen A. Bakar berkata kesemua empat vesel pukat tunda tempatan itu ditahan dan disita semasa menjalankan rondaan dua hari berturut-turut di sekitar Perairan Negeri Pulau Pinang dan Perak.

Dua buah vesel ditahan berhampiran Mukahead telah ditahan telah ditahan atas kesalahan beroperasi kurang dari 15 batu nautika dari pantai atau daratan terhampir.

Manakala sebuah lagi di Gertak Sanggul dan Tanjung Piandang.

"Dalam tempoh dua hari berturut-turut pasukan penguatkuasaan kita melakukan kes tangkapan dan penyitaan kepada empat buah vesel Zon C yang menceroboh kawasan dan menggunakan krew asing tanpa permit.

"Kesemua vesel yang ditahan, akan disita kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan, iaiu melanggar syarat-syarat lesen," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Vesel yang ditahan dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan kompaun sehingga RM20,000.

Dalam perkembangan sama, Yazeereen berkata, pihaknya berjaya menahan dan menyita sebanyak 80 vessel tempatan yang menceroboh kawasan tangkapan ikan di perairan negeri itu sepanjang tahun lalu.

(Yazeereen A. Bakar)

Media Baharu