fb fb fb fb fb

Anwar nafi wujud pergolakan politik dalam kerajaan Sabah

KUALA LUMPUR, 6 Januari- Tiada sebarang pergolakan politik berlaku dalam kerajaan negeri Sabah.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim situasi politik kerajaan Sabah ketika ini kekal stabil.

Beliau turut memaklumkan telah menghubungi pucuk pimpinan parti yang berkaitan.

"Saya sudah menghubungi semua termasuk Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Datuk Shafie Apdal, Datuk Seri Bung Moktar dan bincang dengan Datuk Seri Zahid, Anthony Loke dan keadaan nampak tenang.

Saya tidak fikir apa-apa yang berlaku setakat ini cuma ada pemakluman ada beberapa isu saya minta ketua menteri bincang secara baik dengan rakan-rakan di negeri Sabah," kata Anwar kepada pemberita RTM selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Aman, di sini.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menandatangani buku pelawat kenamaan diiringi Ketua Polis
Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sejurus tiba di perkarangan Masjid Bukit Aman)

Selesai solat, Datuk Seri Anwar sempat bersalaman dengan jemaah yang hadir sebelum bergerak meninggalkan masjid.

Terdahulu, Perdana Menteri sempat meluangkan masa untuk makan tengah hari di kedai Ikan Bakar Tanglin di ibu negara.

Media Baharu