fb fb fb fb fb

Empat PPS baharu dibuka di Batu Pahat

JOHOR BAHRU, 14 Mac- Empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baharu dibuka di Batu Pahat, setakat 8.00 malam tadi menjadikan keseluruhan 119 PPS beroperasi, menempatkan 37,503 penduduk terjejas daripada sepuluh ribu 625 keluarga.

Batu Pahat, daerah paling terjejas, kini mempunyai 37, 114 penduduk terjejas ditempatkan di 111 PPS, diikuti Muar 211 penduduk di dua PPS.

Segamat merekodkan 154 penduduk terjejas di lima PPS, manakala Tangkak, 24 penduduk di satu PPS.

PPS Perwira, UTHM Parit Raja menatat jumlah penduduk terjejas tertinggi 1,150 orang, diikuti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Nan 854 orang dan Dewan Gelanggang Pura Kencana 857 orang.

(Empat PPS baharu dibuka di Batu Pahat)

Media Baharu