fb fb fb fb fb

Berita 15 minit Kanta 7:44 bermula esok

KUCHING, 14 Mac- Penggunaan platform digital terus menjadi keutamaan dalam usaha menjadikan RTM terus relevan.

Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman berkata trend terkini menunjukkan penonton mahukan maklumat yang padat tetapi lengkap.

Sehubungan itu mulai malam esok berita RTM akan menemui penonton menerusi siaran 15 minit yang dinamakan Kanta 7:44.

"Jadi sekarang kita sedang menyusun program di mana wartawan, penerbit dan semua yang terlibat dalam menghasilkan kandungan untuk menghadiri kursus

"Di mana kita boleh memahami bagaimana masyarakat pada hari ini melihat kandungan maksudnya apa yang mereka mahukan." kata Suhaimi selepas bersama warga RTM Sarawak dalam sesi
dialog awam yang turut dihadiri Pengarah Penyiaran Negeri Sarawak, Nasrul Hakim Md Noh.

Pelbagai perkara dibincangkan dalam sesi tersebut termasuk penerangan hala tuju RTM dan cadangan penambahbaikan selain lawatan ke konti dan bilik kawalan utama RTM Sarawak yang dalam proses ubah suai.

(Suhaimi Sulaiman Penggunaan platform digital terus jadi keutamaan RTM)

Media Baharu