fb fb fb fb fb

Perak tubuh jawatankuasa khas teliti keperluan pembangunan Proton City

(Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bergambar di hadapan kilang mesin penghentakan
badan kereta (Stamping) melepas melancarkan kilang tersebut di Proton City hari ini/ Foto BERNAMA)

TANJUNG MALIM, 14 Mac - Kerajaan Perak menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi melihat keperluan pembangunan sekitar kawasan Proton City di Tanjung Malim menjelang tahun 2027.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penubuhan jawatankuasa khas itu bagi mengkaji keperluan pembangunan di kawasan itu berikutan perpindahan 4,000 pekerja kilang Proton di Shah Alam ke Tanjung Malim.

Jelas beliau, setakat ini sudah hampir 3,000 pekerja Proton sudah pun berpindah ke kawasan itu dan baki 4,000 lagi akan berpindah secara berperingkat sehingga tahun 2026.


(Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menandatangani plak perasmian ketika melancarkan
kilang mesin penghentakan badan kereta (Stamping) baharu sempena lawatan beliau di Proton 
City hari ini/ Foto BERNAMA)

“Jadi saya yakin dengan kebanjiran pekerja Proton ini yang akan datang bersama pasangan dan keluarga yang akhirnya akan menjadikan kawasan ini sebuah bandar baharu yang akan dapat memberi nikmat ekonomi kepada daerah Muallim dan Batang Padang.

“Kita memang sudah ada sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk SS (Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim) untuk melihat keperluan menjelang 2027,” katanya pada sidang media selepas merasmikan fasiliti terbaharu kilang Proton dan melancarkan produk SUV terbaharu Proton di sini hari ini.

Tambah beliau, kebanjiran pekerja Proton yang akan berpindah bersama pasangan dan keluarga mereka berupaya menjadikan kawasan tersebut sebuah bandar baharu yang dapat memberi limpahan ekonomi kepada penduduk di daerah Muallim dan Batang Padang.

Media Baharu