fb fb fb fb fb

Proton lancar rangkaian stamping baharu di kilang Tanjung Malim

(Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran rangkaian
kilang mesin penghentakan badan kereta (Stamping) baharu sempena lawatan beliau di Proton City
hari ini/ Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 14 Mac - Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd (Proton) melancarkan penambahan terbaharu kepada kilang syarikat itu di Tanjung Malim di mana mesin baharu itu mampu menghasilkan 50 komponen unik menggunakan kuasa sehingga 2,500 tan.

Rangkaian stamping baharu bernilai RM140 juta itu adalah yang terbesar di Malaysia dan berpotensi mengurangkan pengimportan komponen tahunan syarikat sebanyak 115,000 unit.

Dalam satu kenyataan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah memaklumkan kerja-kerja pembinaan rangkaian stamping baharu PROTON bermula pada awal bulan April 2021 dengan pemasangan jentera bermula pada bulan Julai 2022 dan siap sepenuhnya menjelang Disember.

Terdapat lima mesin stamping dengan satu mesin yang mampu menggunakan daya 2,500 tan dan dua mesin setiap satu dengan daya tekanan masing-masing 1,200 tan dan 1,000 tan.


(Foto hiasan)

Rangkaian stamping baharu ini menggunakan enam robot untuk memindahkan bahagian antara stesen kerja dan menggunakan teknologi IR 4.0 data masa nyata dan proses pembelajaran mesin untuk meningkatkan kualiti bahagian yang dihasilkan.

Tambahnya, barisan baharu itu boleh menghasilkan sehingga 50 komponen unik, meningkatkan kandungan tempatan untuk model SUV Proton kerana barangan seperti panel badan kini boleh dihasilkan di Tanjung Malim.

Selain daripada berpotensi menambah 115,000 unit kepada jumlah pengeluaran syarikat, rangkaian stamping baharu berkenaan juga membolehkan lebih fleksibiliti untuk membuat keputusan terhadap jumlah pengeluaran produk setiap bulan dan meningkatkan kepantasan untuk menghasilkan model baharu secara tempatan.

Media Baharu