fb fb fb fb fb

Empat penyelam asing hilang di Pulau Tokol Sanggol

MERSING, 6 April -Empat penyelam warga asing, dipercayai hilang ketika melakukan latihan menyelam di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, Johor tengah hari tadi.

Bagaimanapun sehingga kini, tiada mangsa ditemukan.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata penyelam yang hilang merupakan seorang lelaki warga Britain, 46 tahun dan remaja warga Belanda, 14 tahun serta seorang wanita Perancis, 18 tahun dan wanita Norway, 35 tahun.


(Lokasi empat penyelam warga asing dipercayai hilang di Pulau Tokong Sanggol, Mersing)

Laporan awal mendapati, keempat-empat penyelam tidak timbul selepas melakukan latihan selaman pada pukul 12.00 tengah hari.

Op Carilamat digerakkan kira-kira pukul 2.35 petang melibatkan aset Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Jabatan Perikanan Malaysia.

Keluasan pencarian dianggarkan seluas 21.45 batu nautika persegi.

Media Baharu