fb fb fb fb fb

Empat penambahbaikan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bantu PMKS terkesan

PUTRAJAYA, 9 Februari - Prihatin cabaran yang dihadapi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terkesan akibat banjir, kerajaan telah memutuskan untuk melakukan penambahbaikan terhadap bantuan yang diberikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri melalui satu kenyataan memaklumkan, empat penambahbaikan dibuat terhadap Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi membantu PMKS yang terjejas meringankan beban mereka.

Antara penambahbaikan tersebut termasuk geran bernilai RM3,000 diberikan melalui TEKUN Nasional kepada setiap perniagaan mikro dan informal yang terjejas.

Manakala dana tambahan RM50 juta juga akan disediakan melalui Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM).

Selain itu dana sebanyak RM100 juta juga akan disediakan melalui Program SME Emergency Fund (SMEEF) di bawah SME Corp.

Menerusi inisiatif itu pinjaman RM100,000 tanpa faedah dengan tempoh bayaran balik sehingga 5 tahun dan moratorium selama 12 bulan. 

Bagi sektor pertanian pula, bantuan tambahan kepada pengusaha Agromakanan yang terjejas diberikan melalui suntikan dana sebanyak RM20 juta untuk Tabung Bencana Tanaman Padi.

Tambah Perdana Menteri, kerajaan akan terus komited dalam usahanya meringankan beban semua golongan yang terjejas dan bersedia menyediakan bantuan yang sewajarnya.

Media Baharu