fb fb fb fb fb

Empat pelajar wakili Malaysia ke Olimpiad Linguistik Antarabangsa (IOL) 2023

(Wakil Malaysia ke Olimpiad Linguistik Antarabangsa (IOL) 2023)

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Empat pelajar sekolah menengah bakal mewakili Malaysia ke Olimpiad Linguistik Antarabangsa (IOL) 2023 di Bansko, Bulgaria pada 23 hingga 29 Julai ini.

Empat pelajar tersebut, Ho Janson, Chin Yong Hong, Lim Ming Wen dan Tan Hong Zher terpilih daripada 13 pelajar terbaik yang menyertai Olimpiad Linguistik Asia Pasifik (APLO) 2023 yang telah diadakan pada 9 April lalu.

APLO merupakan olimpiad linguistik peringkat serantau yang diadakan bertujuan meningkatkan minat dan perhatian terhadap bidang bahasa dan linguistik dalam kalangan pelajar sekolah di rantau Asia Pasifik.

(Para peserta kem latihan peringkat kebangsaan mendengar taklimat)

Pada tahun ini, pasukan Malaysia menduduki tempat ketujuh daripada keseluruhan negara yang bertanding dalam APLO.

Salah seorang daripada empat pelajar tersebut, Ho Janson, mendapat tempat ke-31 daripada keseluruhan peserta APLO sekali gus mendapat pingat perak.

IOL merupakan salah satu daripada 13 olimpiad sains antarabangsa yang dipertandingkan bagi pelajar sekolah menengah dan Malaysia merupakan ahli dan negara peserta IOL sejak tahun 2018.

Media Baharu