fb fb fb fb fb

Empat nelayan Myanmar ditahan di Kuala Kurau - Maritim Malaysia

(Foto Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia)

KUALA KURAU, 9 Februari- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot bersama empat nelayan warga Myanmar semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohamad Najhan Azman Hamid berkata kesemua mereka ditahan kedudukan 7.3 batu nautika barat daya Pulau Pasir Hitam di sini.

"Semasa rondaan pada pukul 1.45 tengah hari, Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot yang sedang melakukan aktiviti perikanan di kawasan itu.

"Hasil Pemeriksaan mendapati, seramai empat kru nelayan warga Myanmar termasuk tekong masing-masing berumur antara 17 hingga 14 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

"Pemeriksaan terhadap dokumen pula mendapati, bot berkenaan memiliki lesen yang sah, namun tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya serta tiada kebenaran menggajikan pekerja warga asing," katanya menerusi kenyataan.

Kesemua nelayan, bot serta peralatan menangkap ikan telah di bawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen.


(Foto Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia)

Media Baharu