fb fb fb fb fb

Empat MP mohon tukar tempat duduk di Dewan Rakyat

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul

KUALA LUMPUR, 9 November- Empat Ahli Parlimen BERSATU yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat permohonan menukar tempat duduk mereka di Dewan Rakyat. 

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan perkara itu, dan telah menerima surat permohonan hari ini.

Jelasnya keputusan permohonan berkenaan akan dibuat selepas sambutan perayaan Deepavali. 

"Akta tidak mana-mana orang nk beri sokongan, sebab itulah kerusi tidak hilang. Ada yang mohon nak pindah kerusi, dia tidak selesa dengan kawan yang lama.

"Saya boleh ubah sikit bagi ada, saya akan pandang dan lihat. Ada yang dah mohon nak berpindah, ada empat daripada mereka yang jumpa saya,"katanya.

Beliau menjelaskannya pada sidang media di Parlimen hari ini. 

Sebelum ini, ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Labuan - Datuk Suhaili Abdul Rahman, Gua Musang- Mohd Azizi Abu Naim dan Jeli - Zahari Kechik telah menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE