fb fb fb fb fb

Empat majlis perbandaran di Melaka berjaya capai status bandar bahagia

BANDA HILIR, 8 Ogos- Empat majlis perbandaran di Melaka berjaya mencapai status bandar bahagia, Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata, kejayaan itu selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang berusaha menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri yang bahagia untuk penduduknya.

Katanya, aspek kebahagian yang diambil kira bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini sejajar dengan doktrin yang dikeluarkan Jabatan Perancangan dan Desa (PLANMalaysia) berkaitan pembangunan sejagat negara.

"Ada empat PBT di negeri Melaka ini telah pun mencapai tahap bandar bahagia dan suka untuk saya maklumkan MPAG kalau ikut skor saya sebutkan tadi telah mendapat 98.71% bagi MBMB 91. 97%, MPHTJ 89.40% dan MPJ 85.84%. Maka markah peratusan ini semua mereka telah mencapai bandar bahagia dan saya sebutkan negeri Melaka sebagai status negeri bahagia," kata Sulaiman selepas program Bicara Eksekutif Perundangan Perancangan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 di sini.

Datuk Seri Sulaiman turut mengucapkan tahniah kepada semua PBT terlibat dan berharap status itu dapat dikekalkan pada masa akan datang.

(Datuk Seri Sulaiman ditemui selepas program Bicara Eksekutif Perundangan Perancangan
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976)

Media Baharu