fb fb fb fb fb

Operasi SAR kanak-kanak dipercayai lemas ketika mandi di Sungai Sundar diteruskan

LAWAS, 8 Ogos- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang dibawa arus dalam kejadian petang semalam memasuki hari kedua, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Zon 7 Limbang, Penguasa Bomba Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata SAR yang bermula 8 pagi turut melibatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lawas, polis, termasuk penduduk kampung.

Menurutnya, operasi SAR menggunakan kaedah pencarian di permukaan air dengan radius 8 kilometer sepanjang sungai Sundar menuju ke hilir selain pencarian di tebing sungai.

Setakat 10.30 pagi tadi, mangsa masih belum ditemukan.

Dalam kejadian petang semalam, mangsa, Nabil Suhaili, 12 tahun bersama lima rakannya mandi-manda di sungai Kpg Tanjong Katong Sundar .

Beberapa rakan dilaporkan cuba menyelamatkan mangsa, bagaimanapun tidak berjaya berikutan arus sungai yang deras.


(Ketua JBPM, Zon 7 Limbang, Penguasa Bomba Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal)

Media Baharu