fb fb fb fb fb

Empat juta kenderaan dijangka masuk Johor sempena TBC

(Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Johor (JPJ) Mohd Edir Sanip (kanan)
melakukanpelepasan Pasukan Petugas Ops Tahun Baru Cina,
di Plaza Tol Plus Kempas arah Utara/BERNAMA)

JOHOR BAHRU, 18 Januari- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor menganggarkan lebih empat juta kenderaan keluar masuk ke Johor menjelang perayaan Tahun Baharu Cina bermula
Jumaat hingga Selasa depan.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor Mohd Edir Sanip berkata jumlah kenderaan itu akan meningkat dua kali ganda berbanding pada hari biasa melalui pintu masuk utama negeri itu seperti di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) termasuk di Plaza Tol Kempas, Plaza Tol Skudai dan Tambak Johor. 

"Rondaan di lebuh raya utama di negeri ini turut dijalankan terutama melibatkan 45 kawasan berisiko kerap kemalangan.

"Lokasi-lokasi yang kerap berlaku kemalanganakan diberi tumpuan.

"operasi penguatkuasaan yang bermula hari ini sehingga 27 Januari depan, akan dipergiatkan bagi memastikan orang ramai mematuhi peraturan jalan raya.

“Hasil perbincangan awal dengan pihak PLUS Malaysia Berhad, kita dimaklumkan peningkatan keluar masuk kenderaan dijangka dua kali ganda berbanding hari biasa.

(Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Johor (JPJ) Mohd Edir Sanip (empat, kanan) beramah mesra
bersama penunggang motorsikal yang menerima jaket keselamatan pada Majlis Pelancaran Ops Tahun
Baru Cina di Plaza Tol Plus Kempas arah Utara/BERNAMA)

“Jadi kita akan memastikan operasi penguatkuasaan ini berjalan lancar dengan penglibatan seramai 170 pegawai dan anggota daripada semua bahagian,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Operasi Tahun Baharu Cina 2023 di R&R Kempas, di sini.

Beliau berkata, JPJ Johor turut memberi tumpuan kepada tujuh kesalahan utama iaitu tidak mematuhi had laju, memandu di lorong kecemasan, tidak memakai topi keledar dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

"Turut dilakukan pemeriksaan bas di depoh dan terminal, penyamaran sebagai penumpang bas dan penguatkuasaan khas motosikal," katanya.

Media Baharu