fb fb fb fb fb

Empat empangan di Johor rekod bacaan paras bahaya

JOHOR BAHRU, 4 Mac- Empat empangan di Johor merekodkan bacaan paras bahaya berikutan hujan berterusan sejak Isnin.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh menerusi Facebooknya memaklumkan, empangan tersebut ialah Empangan Sembrong, Empangan Bekok, Empangan Labong dan Empangan Machap.

Empangan Sembrong merekodkan paras air takungan semasa 12.18 meter, melebihi paras biasa 8.5 meter, dengan taburan hujan sebanyak 13 milimeter dan 15.3 meter padu air dikeluarkan dari empangan.

Empangan Bekok pula mencatatkan jumlah taburan hujan sebanyak 38 milimeter, dengan 60.56 meter padu air dikeluarkan.

Sementara itu Empangan Machap merekodkan paras semasa 17.45 meter, berbanding paras biasa 15.85 meter.

Manakala Empangan Labong mencatatkan 8.81 meter berbanding paras biasa 8.42 meter.

90 milimeter hujan diterima empangan berkenaan dan 1,378 meter padu air dikeluarkan.


(Empat empangan di Johor rekod bacaan paras bahaya)

 

Media Baharu