fb fb fb fb fb

Empangan air Selangor boleh bertahan sehingga 6 bulan

KUALA SELANGOR, 18 Mei- Kapasiti bekalan air di Selangor setakat ini mampu bertahan sehingga enam bulan jika musim panas berpanjangan, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Jumlah itu meliputi bekalan di tujuh empangan dengan kesemuanya mencatat paras air dengan bacaan lebih 95% .

"Di empangan-empangan kita semuanya dalam kapasiti yang sangat baik. Ada yang melimpah semalam dua tiga hari lepas berlaku hujan.

"Alhamdulillah kita bersyukur walaupun kita sudah masuk El Nino kita masih menerima hujan," kata Amirudin kepada media di sini.

Tambah beliau, jika paras air empangan menyusut, kerajaan negeri juga mempunyai bekalan tambahan dari 98 kolam takungan yang mampu bertahan hingga dua bulan.

(Datuk Seri Amirudin berkata empangan air Selangor boleh bertahan sehingga 6 bulan)

Media Baharu