KUALA LUMPUR, 21 Julai - Elemen kepercayaan dalam aspek keselamatan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) menjadi teras utama dalam merangka satu kawal selia baharu berkaitan teknologi tersebut.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, elemen itu penting bagi meningkatkan keselamatan dan keyakinan pengguna ketika menggunakan sesuatu data atau platform.
"Sekarang ini Kementerian Digital sedang merangka 'Digital Trust and Safety Strategy' sebagai langkah bergerak ke hadapan. Saya berharap kita dapat kemukakan strategi ini sebelum akhir tahun. Ia telah pun siap dan dikemuka kepada saya," katanya.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kapar, Halimah Ali mengenai tindakan kerajaan dalam menangani isu penyalahgunaan AI, di sini.
Menyentuh mengenai pelaksanaan dasar berkenaan beliau mengakui keperluan mewujudkan suruhanjaya atau agensi baharu bagi memastikan dasar tersebut bukan sahaja dilaksanakan di peringkat kerajaan, juga sektor awam.