KUALA LUMPUR, 12 November – Elaun sara hidup bulanan bagi pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini dinaikkan daripada RM400 kepada RM800 sebulan.
- Elaun sara hidup pelajar TVET dinaikkan dari RM400 kepada RM800 sebulan.
- Timbalan Menteri Sumber Manusia menegaskan dakwaan pemberhentian pembiayaan PTPK tidak berasas.
- Tiada pelajar yang telah diluluskan pinjaman diberhentikan pembiayaan mereka.
- Sehingga Ogos, PTPK meluluskan pinjaman dan komitmen pembiayaan aktif berjumlah RM524 juta.
- Komitmen itu melibatkan 52,098 pelajar dan 306 pusat latihan; 21,947 pelajar diluluskan pada 2025.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menegaskan dakwaan mengatakan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah beberapa kali menghentikan pembiayaan pinjaman pelajaran dan elaun sara hidup bulanan adalah tidak berasas.
“Hakikatnya, tiada seorang pun pelajar yang telah diluluskan pinjaman diberhentikan pembiayaan mereka,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib Maran di Dewan Rakyat pada Rabu.
Sehingga Ogos lalu, PTPK telah meluluskan pinjaman dan mempunyai komitmen pembiayaan aktif berjumlah RM524 juta, membabitkan 52,098 orang pelajar dan 306 pusat latihan.
Daripada jumlah itu, seramai 21,947 orang pelajar telah diluluskan pinjaman mereka pada tahun 2025.