fb fb fb fb fb

Elak sikap prejudis terhadap konsert artis antarabangsa - Teo Nie Ching

Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR, 2 April- Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching mengingatkan semua pihak supaya tidak mengambil sikap prejudis terhadap persembahan artis antarabangsa di negara ini

Beliau berkata, walaupun terdapat kes konsert artis luar negara melanggar peraturan pada Julai tahun lalu, namun industri konsert persembahan artis luar negara perlu dihargai, memandangkan ia satu sumber pendapatan tinggi kepada negara.

Sebagai contoh, Konsert Cold Play yang diadakan tahun lalu telah memberikan hasil cukai sebanyak RM8 juta kepada kerajaan, selain membawa impak ekonomi sebanyak RM137 juta.

"Tetapi contoh-contoh yang disebut oleh Senator Musoddak Ahmad tadi adalah satu insiden yang cukup buruk. Saya setuju yang berlaku dalam bulan Julai tahun lalu.

"Selepas itu tindakan pun telah diambil sekarang kami pun tengah meneliti garis panduan Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) untuk memastikan bahawa elemen-elemen negatif  ini dapatlah dielakkan," katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Senator Musoddak Ahmad di Dewan Negara.

Bagaimanapun Teo menjelaskannya sebanyak 870 persembahan melibatkan artis luar negara diadakan tahun lalu, dan antaranya  344 dalam bentuk konsert.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI