fb fb fb fb fb

Elak sebar maklumat palsu berhubung banjir di Perak - polis

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohd Nasir Ismail / Foto RTM

TAIPING, 25 Oktober - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan maklumat tidak sahih atau palsu berhubung kejadian banjir yang melanda daerah Larut, Matang dan Selama sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohd Nasir Ismail berkata, penyebaran maklumat tidak tepat boleh menimbulkan kekeliruan dan panik dalam kalangan masyarakat.

Beliau menegaskan, semakan pihaknya mendapati tiada laporan kehilangan nyawa atau harta benda diterima selepas tiga hari kejadian banjir berlaku.

"Jangan mereka cerita benda yang tidak sahih, isu-isu atau berita yang tidak sahih, terutamanya tentang yang mana telah diviralkan (tular) iaitu adanya kehilangan nyawa akibat banjir dan sebagainya. Kesahihan mengenai perkara itu kena mohon dengan pihak polis sama ada berita itu sahih atau tidak, " tegas beliau.

ACP Mohd Nasir berkata demikian ketika ditemui RTM di Balai Polis Terung yang terjejas susulan banjir di daerah tersebut.

Sementara itu, polis terus menjalankan rondaan dan membantu kerja-kerja menyelamat bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

EMMI NORALIZA ADNAN