fb fb fb fb fb

Elak rasuah, utamakan integriti dan tatakelola

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Integriti dan tatakelola perlu diutamakan dalam setiap tugasan harian bagi mengelakkan salah laku.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, perkara tersebut perlu dititikberatkan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya bebas daripada gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Sarjan Pelatih Bil. 1 Siri 1/2023 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Seramai 247 dalam kalangan orang awam menjadi seorang pegawai polis setelah mengikuti latihan asas kepolisan bermula September tahun lepas.

Beliau turut menzahirkan peringatan kepada pelatih baharu agar mementingkan integriti dan kepentingan awam dalam pelaksanaan setiap tugasan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM