fb fb fb fb fb

Elak kesesakan di CAC; majikan perlu terima sijil digital

KUALA LUMPUR, 25 Februari - Majikan atau pihak yang berkaitan disaran agar menerima salinan sijil digital Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah dan Perintah Pelepasan Kuarantin setelah tempoh isolasi pesakit berakhir, bagi mengelakkan kesesakan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).

Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyebut berdasarkan pelaporan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC), sejumlah 90 peratus daripada individu yang hadir ke CAC adalah untuk tujuan discaj daripada HSO, iaitu terdapat pesakit atau majikan yang mendesak untuk mendapatkan notis secara bertulis.

30 hingga 50% kes yang hadir ke CAC bukan untuk penilaian bagi kes yang merosot semasa menjalani pemantauan di rumah.

Mengenai penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) COVID-19 di hospital, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata enam negeri menunjukkan peratusan pengisian melebihi 50%iaitu Kelantan (86%), Johor (59), Labuan (57), Kuala Lumpur (54), Sabah (52) dan Melaka 50%

Merujuk kes positif COVID-19 yang dicatatkan semalam, beliau berkata 32,070 kes direkodkan dengan 99.4% atau 31,890 kes kategori satu dan dua.

Manakala 180 kes atau 0.56% merupakan kategori tiga, empat dan lima.

Media Baharu