fb fb fb fb fb

Isu pemendapan muara sungai di seluruh negara, terus diberi perhatian

SETIU, 25 Februari - Kementerian Alam Sekitar dan Air terus memberi keutamaan kepada isu pemendapan muara sungai di seluruh negara, bagi memastikan kelangsungan aktiviti sosioekonomi masyarakat tempatan berjalan lancar.

Aktiviti seperti pertanian, akuakultur, pelancongan, pelayaran dan laluan utama bot-bot nelayan bagi industri perikanan, kebanyakannya berlaku di kawasan muara sungai.

Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, peruntukkan sebanyak RM1.6 billion untuk tujuan pemuliharaan muara sungai diseluruh negara telah diberikan.

Sekali gus dapat mengatasi masalah seperti banjir, hakisan pantai dan muara sungai yang cetek.

"Di sini ada 14 muara sungai berbanding negeri-negeri lain. Negeri lain tidak banyak muara sungai dan laut. Di Terengganu ni antara yang besarlah. 14 muara sungai dan hakisan mendapan muara berlaku hampir di seluruh negara, juga berlaku di Pahang dan kita pun telah meluluskan untuk fasa ke-3 di Sungai Pahang,"

Menurut Tuan Ibrahim selepas Majlis Pelancaran Projek Pemuliharaan Muara Sungai Setiu di Kampung Mangkuk Setiu, di sini.

Projek pemuliharaan muara sungai berkenaan memperuntukkan sebanyak RM266 juta termasuk pembinaan struktur pemecah ombak, struktur 'training wall', lapis lindung, penyuburan pantai dan kerja pengorekan alur navigasi sepanjang 14 kilometer.

Ia sekali gus akan memudahkan nelayan, pengusaha bot, pelancong dan penduduk setempat menjalankan aktiviti sosioekonomi mereka.

 

Media Baharu