fb fb fb fb fb

Elak aktiviti air, negara sedang mengalami peralihan MTL - JBPM

PUTRAJAYA, 28 Oktober- Orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan daripada melakukan aktiviti air di kawasan yang berisiko.

Jelas Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, ini kerana negara sedang mengalami peralihan ke Monsun Timur Laut.

"Tidak lama lagi mungkin akan bermulanya cuti sekolah dalam keadaan tengkujuh ini. Kita telah menasihati semua rakyat Malaysia ini supaya menangguhkan dulu aktiviti-aktiviti yang mungkin bahaya selain ada yang mempunyai risiko tertentu di kawasan-kawasan sebagai contohnya di kawasan jeram, kawasan air terjun, di kawasan bukit, pergunungan selain berlakunya hujan dan keadaan-keadaan cuaca yang tidak menentu.

"Jadi ini yang kita nasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dan sentiasa mendengar arahan dan juga hebahan daripada kerajaan," kata Hamdan kepada pemberita RTM pada Majlis Pelancaran Pasukan Gerak Cepat (MTL RED TEAM), di sini.


(FOTO BERNAMA)

Setakat ini, 226 kes lemas direkodkan sejak Januari lalu, membabitkan kejadian di sungai, pantai, tasik, air terjun dan pembentung.

Daripada jumlah tersebut, 210 membabitkan kes kematian.

Media Baharu