PUTRAJAYA, 26 Jun -Bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) menganjurkan pertandingan video kreatif Ekspresi Merdeka bertemakan "Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni", bermula 5 Jun hingga 8 Ogos ini.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pertandingan ini bertujuan merangsang kreativiti rakyat dalam menzahirkan semangat kemerdekaan melalui medium digital dan seni visual.
“Pertandingan ini dianjurkan bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menzahirkan semangat kemerdekaan melalui medium kreatif."
Jelasnya, video terbaik di peringkat negeri akan bersaing di peringkat kebangsaan pada 13 September ini.
Tambah beliau, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan termasuk sesi interaktif kenegaraan dan cabutan bertuah sempena majlis penyampaian hadiah peringkat negeri pada 23 dan 24 Ogos dan peringkat kebangsaan pada 13 September nanti.
Pertandingan berkenaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia, dengan hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM3,000.
Orang ramai boleh layari laman sesawang www.akm.gov.my untuk maklumat lanjut.