fb fb fb fb fb

Ekspo Selangkah ke UiTM tampil dengan pendekatan strategik, interaktif

Prof Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin (Naib Canselor UiTM) berkunjung ke reruai kolej Pengajian Kejuruteraan sempena ESKU 2025.

SHAH ALAM, 26 April- Ekspo Selangkah ke UiTM (ESKU) kembali tahun ini dengan pendekatan lebih strategik dan interaktif dalam menyampaikan maklumat terkini mengenai peluang pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada pelajar lepasan SPM, Kolej Matrikulasi, dan golongan profesional.

Acara utama berlangsung pada 26 dan 27 April ini di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam, dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang, sebelum diteruskan di UiTM Cawangan Negeri seluruh negara mulai 10 hingga 18 Mei 2025.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin berkata, ESKU 2025 membawa tema "Jadikan UiTM Pilihan No.1" dengan pendekatan lebih mesra pelajar, sekali gus mengukuhkan penjenamaan universiti itu.

"Kita mahu memastikan UiTM terus menjadi pilihan utama bukan hanya daripada aspek akademik, tetapi juga nilai tambah yang ditawarkan termasuk kebolehpasaran graduan, kemudahan pembiayaan, dan jaringan industri," katanya menerusi kenyataan.

UiTM kekal sebagai pilihan utama dengan kadar kebolehpasaran graduan 2024 meningkat kepada 92.6 peratus, disokong kejayaan meraih 'Employers’ Choice of University Award' daripada Talentbank baru-baru ini.

Sepanjang ekspo, pengunjung berpeluang mengunjungi 31 ruang pameran interaktif, bersemuka dengan wakil akademik, membuat semakan awal syarat kemasukan melalui sistem dalam talian, serta mendapatkan maklumat lengkap di portal rasmi UiTM.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM