fb fb fb fb fb

Ekosistem inovasi, syarikat pemula yang kondusif, galak pelaburan produk, perkhidmatan

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Ekosistem inovasi dan syarikat pemula yang kondusif penting bagi menggalakkan pelaburan kepada produk dan perkhidmatan.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata ke arah itu, tiga langkah intervensi inovasi di bawah Pelan HalaTuju Ekosistem Start-up Malaysia (SUPER) di gariskan.

Katanya, langkah intervensi yang dilaksanakan termasuklah, mempertingkat program inkubasi syarikat pemula yang diterajui korporat dan mendorong pengkomersialan harta intelek (IP) penyelidikan antara syarikat pemula dengan korporat melalui kaedah reverse pitch.


(Menteri Sains Teknologi dan Inovasi,
Datuk Seri Dr. Adham Baba)

Selain itu, katanya intervensi itu turut menggalakkan percambahan spin-offs hasil daripada penyelidikan institusi pengajian tinggi menerusi pemantapan dasar berkaitan.

“MOSTI memandang serius pemerkasaan inovasi khususnya bidang keusahawan yang dilihat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan", katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Persidangan dan Pameran Platform Perniagaan Inovasi ASEAN ke-36 (AIBP) di ibu negara.

Program tersebut berlangsung selama dua hari dan disertai lebih 200 usahawan tempatan bagi menggalakkan jalinan kerjasama menerusi perkongsian pengetahuan, dan pengalaman.

Media Baharu