fb fb fb fb fb

Ekonomi Johor berkembang positif

KUALA LUMPUR, 9 Mac- Ekonomi Johor diunjur terus berkembang positif antara 4.1 hingga lima peratus, tahun ini.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi optimis, pembukaan semula sempadan China mampu menyokong kepada unjuran pertumbuhan tersebut.

Ini berikutan, republik negara itu merupakan pelabur yang mempunyai potensi besar selain Eropah.

"Kami telah banyak berjumpa dengan pelabur-pelabur dari China sekarang ini. Saya tengok pertumbuhan itu boleh dicapai bukan sahaja dengan China tetapi negara-negara Eropah", katanya pada Program MIDA INVEST SERIES di ibu negara.

Ketika ini, lima pelabur asing teratas di Johor ialah Hong Kong, Jepun, Singapura, Taipei dan Belanda.

Lima tahun akan datang, Kerajaan Johor akan memberi fokus kepada pelaburan dalam sektor antaranya elektrik dan elektronik, ekonomi digital, industri halal dan aeroangkasa.

(Onn Hafiz Ghazi)


Media Baharu