fb fb fb fb fb

Buruh mengaku tidak bersalah cuba bunuh anggota polis

GEORGE TOWN, 9 Mac - Seorang buruh mengaku tidak bersalah atas cubaan membunuh seorang polis berpangkat Lans Koperal.

Pengakuan itu dibuat S.Ramesh di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim.

Berdasarkan pendakwaan, tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan ke atas anggota polis, Mohamad Azril Syamil Mohamad Hanafi.

Kesalahan itu dilakukan pada pukul 12.15 tengah malam, 1 Mac lalu di di sebuah rumah No 10A, Lebuh Thean Teik dalam daerah Timur Laut.

(Seorang buruh mengaku tidak bersalah atas cubaan membunuh seorang polis berpangkat Lans Koperal)

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan TImbalan Pendakwa Raya ,Lim Jin Hong manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Mohammad Khalid kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan sehingga selesai perbicaraan.

Mahkamah menetapkan 11 April depan untuk sebutan semula kes.

Media Baharu