fb fb fb fb fb

JPS Terengganu tambah lima pam mudah alih

Jurutera Daerah JPS Dungun Ir. Ts. Muhammad Zulhusni Che Razali

DUNGUN, 30 November - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu mengambil langkah drastik dengan menambah lima pam mudah alih di Taman Rakyat, di sini.

Jurutera Daerah JPS Dungun Ir. Ts. Muhammad Zulhusni Che Razali berkata, penambahan pam mudah alih itu diperlukan bagi mengurangkan risiko banjir. 
 
Ia melibatkan dua aset pam mudah alih dari JPS Negeri Selangor dan tiga aset pam mudah alih dari JPS Negeri Perak.

"Jadi JPS Terengganu telah mengambil langkah drastik untuk menghubungi JPS Malaysia untuk mendapatkan tambahan lagi. Jadi kita berjaya dapat tambahan dijangka sampai hari ini. Dalam JPS Selangor lebih 1.58 dos dan daripada JPS Perak lebih 2.57 Nos lah yang berkapasiti diesel.
 
"Insha-Allah dengan adanya bantuan daripada JPS lain daripada seluruh Malaysia yang datang menolong khususnya di Dungun ini, jadi dapat mengurangkan impak banjir untuk gelombang-gelombang seterusnya," kata Zulhusni.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Rumah Pam Taman Rakyat, di sini.

Tambahnya ketika ini di Taman Rakyat telah memiliki pam mudah alih berkapasiti 280 liter dan 560 liter per saat, namun ia belum mencukupi kerana taburan hujan yang diterima di luar jangka. 

TETITIA YUSOFF