fb fb fb fb fb

E-invois, Sijil Pematuhan Cukai pacu ketelusan, pertumbuhan ekonomi

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi/RTM

SHAH ALAM, 9 Oktober – Pelaksanaan sistem e-invois dan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) disifatkan sebagai pemangkin kepada ketelusan serta pertumbuhan ekonomi negara, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, inisiatif itu bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman terhadap kedua-dua sistem berkenaan, malah memastikan syarikat kontraktor beroperasi dengan lebih cekap dan mematuhi peraturan semasa.

“Usaha sebegini bukan sahaja memperkukuh integriti dalam urus tadbir kewangan syarikat, malah menyumbang secara langsung kepada pembangunan ekonomi negara.

"Kedua-dua perkara ini bukan sekadar keperluan teknikal, tetapi juga menjadi penanda aras kepada tahap kecekapan dan integriti syarikat kontraktor dalam urus tadbir pengurusan kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar E-Invois dan Pematuhan Cukai (TCC) anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), di sini hari ini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN