fb fb fb fb fb

DUN Lendu beri sumbangan Ramadan kepada 320 keluarga

LENDU, 6 April - Seramai 320 keluarga yang memerlukan bantuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu menjadi penerima awal sumbangan Ramadan daripada kerajaan Negeri Melaka.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, sumbangan itu akan terus diserahkan kepada mereka yang memerlukan di seluruh negeri sepanjang Ramadan ini.

Jelasnya, inisiatif merupakan tanda keprihatinan kerajaan negeri demi kesejahteraan rakyat.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan berkenaan di Lendu, Melaka.

Sumbangan disampaikan berupa wang tunai, kit kuih raya serta kit makanan seperti beras, tepung dan gula.


(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali)

 

Media Baharu